Ya Allah,
Alhamdulillah,usai sudah solat Maghrib..=) Ya Allah,aku mengucap syukur padaMu ya Allah kerana mengizinkan aku untuk mengecap nikmat IMAN dan ISLAM buat hari yang seterusnya..terima kasih ya Allah.
Ya Allah...Kau Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,Maha Mengetahui segala isi hatiku ya Allah..
Hari demi hari,semakin kurasakan betapa jauhnya aku dariMu,ya Rabb...aku tak mampu melakukan ibadahku sepenuh hati ya Allah..aku jauh dariMu ya Allah...jauh...tiada lg zuq dihati ini ya Allah..
Ya Allah...
Dengarilah doaku ya Allah...ampunilah dosaku ya Allah..aku berdosa padaMu ya Allah.Sesungguhnya Kau Maha Mendengar lg Mengetahui segala yang kulakukan.Jalan yang kupilih telah membawa diriku jauh dariMu ya Allah..aku tak mampu hidup begini ya Allah..Kau pandulah aku kembali ya Allah.Kuatkanlah hatiku menerima segala mehnah hidup ini ya Rabb,sungguh ku menyedari hakikat hidup yang sementara ini namun ku lalai ya Allah.
Ya Rabb...
KeampunanMu kupohon..
RahmatMu kupinta..
AMIN.
Dalam aku mncari redhaMu Tuhan,Jiwaku perlu kpd Mutiara Ihsan,Qalbuku perlu kpd Permata Iman,agar diriku indah dengan nikmat IMAN dan ISLAM...
Sunday, 27 March 2011
Saturday, 26 March 2011
Renungan buat diriku...
Saudaraku,
Dulu,semalam dan hari ini..kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari Allah...
Lalu kau tunduk kesedihan,dan kebuntuan...
Kau benar2 kebingungan dan bertanya..
Apa yang harus aku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini??
Jawabku..
Bukankah kau adalah da'i dan mujahid??
Katamu lg..tapi langkahku terlalu lambat...
Jawabku..
Kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan..
Pada hari itu,amalmu terbentang...tubuhmu terbuka..Apakah disana ada bekalmu??
Astaghfirullahal'azim...
''Pada akhir zaman,orang2 yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,andai terus digenggam akan luluh jiwanya...Namun,andai dilepaskan hancurlah dunia.Jangan takut untuk berjuang kerana orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.Kita hidup untuk perjuangan dan mati untuk satu kehidupan..Syurga impian''.
-IMAM NAWAWI-

Friday, 25 March 2011
Di atas sejadah CINTA
Di atas sejadah CINTA,bertelekulah sambil membilang butir2 tasbih dalam alun zikrullah yang bergetar di bibir kering nan merekah,alirkan aura mahabbah yang pernah bersemadi pada sekeping hati yang telah lama terkunci...Sebarkan pada seluruh ruh2 jasad yang semakin parah sakitnya...Seringnya diri asyik berfikir bgmn mahu dipenuhi segala kehendak yang dipintakan jasadiyyah sehingga lupa untuk menjaga kebajikan ruhaniyyah yang semakin hari menyepi tidak berdaya....Fikrahnya mgkin haraki,ttp jiwanya belum tentu sufi.Namun....kesufiannya hadir saat Tuhan menghujani diri dengan bebanan ujian yang dirasakan tdk tertanggung oleh jiwanya yang maha lemah....Mujur,masih wujud rasa ingin kembali meski terpaksa bertatih dalam mencari fitrah diri yang sebenar...Andai disaat cubaan untuk melangkah itu teruji dengan kepayahan yang menggoyahkan iman yang sedia lemah,kan terus thabatkah diri dalam perjuangan ini....Lalu,teruskanlah membilang butir2 tasbih dengan basahan zikrullah.Moga,di atas sejadah CINTA itulah..kan ditemui penawarnya.Insya Allah.
Tuesday, 22 March 2011
Kembara bermula...
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah,setinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah s.w.t kerana setelah sekian lama diri ni berusaha meniti titian kasih dan rahmatNya,akhirnya diri ini dapat menitipkan sedikit bingkisan rasa dari qalbi yang semakin sepi dek layunya pepohon iman.Sesungguhnya diri ini mengharapkan sinar hakiki yang walaupun secebis,ia dapat menyuluh kembali qalbi ini yang semakin malap nur imannya.Diri ini meniti laluan ini sebagai wadah untuk mengislahkan diri dan dalam masa yang sama berusaha untuk berada dalam satu halaqoh yang indah.Dengan pena yang mengukir kalam-kalam indah,dengan bait-bait yang terlakar penuh 'izzah,semoga mampu memberi tarbiyah pada diri ini yang masih terkial-kial meniti titian hidup di atas bumi Allah ini.Perjalanan panjang seorang hamba menuju pengakhiran yang abadi,memerlukan kekuatan rohani dan sokongan padu sahabiah-sahabiah malah hadirnya biah solehah yang merupakan madrasah terbaik bagi membentuk sahsiah diri ini.Insya Allah,dengan mentajdid niatku,diri ini memulakan kembara dengan meniti laluan yang berduri.Walau adakalanya diri ini tersasar,IMAN,AMAL dan TAQWA akan terus tetap menjadi tunjang dalam menjalani hidup ini.Insya Allah,amin ya Rabbal alamin.

Subscribe to:
Posts (Atom)