Di atas sejadah CINTA,bertelekulah sambil membilang butir2 tasbih dalam alun zikrullah yang bergetar di bibir kering nan merekah,alirkan aura mahabbah yang pernah bersemadi pada sekeping hati yang telah lama terkunci...Sebarkan pada seluruh ruh2 jasad yang semakin parah sakitnya...Seringnya diri asyik berfikir bgmn mahu dipenuhi segala kehendak yang dipintakan jasadiyyah sehingga lupa untuk menjaga kebajikan ruhaniyyah yang semakin hari menyepi tidak berdaya....Fikrahnya mgkin haraki,ttp jiwanya belum tentu sufi.Namun....kesufiannya hadir saat Tuhan menghujani diri dengan bebanan ujian yang dirasakan tdk tertanggung oleh jiwanya yang maha lemah....Mujur,masih wujud rasa ingin kembali meski terpaksa bertatih dalam mencari fitrah diri yang sebenar...Andai disaat cubaan untuk melangkah itu teruji dengan kepayahan yang menggoyahkan iman yang sedia lemah,kan terus thabatkah diri dalam perjuangan ini....Lalu,teruskanlah membilang butir2 tasbih dengan basahan zikrullah.Moga,di atas sejadah CINTA itulah..kan ditemui penawarnya.Insya Allah.

No comments:
Post a Comment