Tuesday, 22 March 2011

Kembara bermula...

Bismillahirrahmanirrahim

       Alhamdulillah,setinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah s.w.t kerana setelah sekian lama diri ni berusaha meniti titian kasih dan rahmatNya,akhirnya diri ini dapat menitipkan sedikit bingkisan rasa dari qalbi yang semakin sepi dek layunya pepohon iman.Sesungguhnya diri ini mengharapkan sinar hakiki yang walaupun secebis,ia dapat menyuluh kembali qalbi ini yang semakin malap nur imannya.Diri ini meniti laluan ini sebagai wadah untuk mengislahkan diri dan dalam masa yang sama berusaha untuk berada dalam satu halaqoh yang indah.Dengan pena yang mengukir kalam-kalam indah,dengan bait-bait yang terlakar penuh 'izzah,semoga mampu memberi tarbiyah pada diri ini yang masih terkial-kial meniti titian hidup di atas bumi Allah ini.Perjalanan panjang seorang hamba menuju pengakhiran yang abadi,memerlukan kekuatan rohani dan sokongan padu sahabiah-sahabiah malah hadirnya biah solehah yang merupakan madrasah terbaik bagi membentuk sahsiah diri ini.Insya Allah,dengan mentajdid niatku,diri ini memulakan kembara dengan meniti laluan yang berduri.Walau adakalanya diri ini tersasar,IMAN,AMAL dan TAQWA akan terus tetap menjadi tunjang dalam menjalani hidup ini.Insya Allah,amin ya Rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment